Pengenalan Klik Dengan Bijak

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas Pengenalan Klik Dengan Bijak kepada 5 orang peserta. Kelas yang diadakan telah mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti mencatat nama peserta, pengesanan suhu badan, kebersihan diri, penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menjadi pengguna ICT dengan bijak. Klik Dengan Bijak adalah merupakan inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

Melalui kelas Pengenalan Klik Dengan Bijak ini, peserta telah diberikan beberapa taklimat atau penerangan mengenai Buli Siber, Sexting, Oversharing, Cybergrooming, Keselamatan Dalam Komputer dan Maklumat Palsu. Selain itu, peserta telah dipertontonkan dengan video KDB yang memberi maklumat mengenai Buli Siber, Sexting, Cybergrooming, Overshare, Keselamatan dalam Komputer dan Maklumat Palsu agar meraka lebih memahami penerangan dan situasi yang hendak disampaikan. Oleh itu, peserta dapat menjadi pengguna internet dan teknologi yang lebih bijak pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali